Wednesday, June 17, 2009

Edisi Kawin.. & Nilai Persahabatan..


Cuti sekolah yg lepas banyak lak majlis kawin.. ada yg sempat aku g.. n ada gak yg terMiss.. maklumlah kalau dah 2,3 majlis satu masa ar..hmmm so kita tengok majlis yg sempat aku hadir..
1. majlis kawin Rin kat Batu pahat (14 Jun 09)
2. majlis kawin Roha kat segamat (labis-umah laki) 13 jun 09
3 majlis kawin Idzha kat Cheras (umah elly) 31 mei 09
Miss:
1. Umah housemate aku.. cikgu ali kat klate @ jadi jiran kg
2. umah cikgu Suad(p.Putih) member bac n dip upm dulu
3. umah linda (iklan megi dulu) member MRSM kat sentul..
4 umah cikgu noreha.. member kg luu
Aku sebolehnya nak g sumer n taknak kecikkkan /lekehkan mana2 pihak... tp apakan daya beb.. tak sumer tempat aku bleh p.. hiks..


Aku paling terharu bila datang majlis kawin cikgu idzha n satu majlis lagi Cikgu azrin.. dorang nie lah teman suka-duka aku kat KC upm dulu.. mula2 mengenali alam universiti lagi kami bersama.. tahun 2001 after spm.. diploma perhutanan.. masa tu muda remaja sangat 17++ tahun. banyak aktivi kami buat bersama.. tapi persahabatan kami tidaklah begitu utuh..

Tamatnya diploma.. kami sambung bacelor Sc. Perhutanan.. major Forest management gak ketiga2 nya.. memang taknak berpecah.. ha3.. kami ditempatkan kat kolej Serumpun.. tapi sepakat minta tukar kolej ke KC.. Idzha memang atlit kolej.. azrinpun sama gak.. aku ada la juga program yg biasa aku join.. so pengurus time tu En.Mus tak banyak tanya terus bagi sokongan tuk pindah kolej.. ha.. nice moment lah.. thanks En Mustafa..

Perjalanan kami bukanlah semudah yg disangka.. banyak halangan dan dugaan yg terpaksa kami tempoh.. bahu inilah yg menjadi sandaran buat RIN n Idzha.. bahu merekalah tempat aku lepaskan geram.. marah.. sedih dan terkilan.. seolah2 bahu2 kami dah mengerti erti tanggungjawab seorang teman.. sedia menadah tempiasnya air mata kegusaran... terima kasih teman.. Persahabatan antara kami memang semakin akrab.. semakin bersemi dan tumbuhnya mekar di laman dan tanah jelapang ini.. Semakin ke penghujung semester, semakin banyak ruang dan peluang kami habiskan bersama.. usik mengusik dan senda gurau memang tak lekang.. alangkah bahagia nya kami.. Rindu sesangat saat dan ketika itu.. KC lah yg menjadi saksi betapa kami saling mengasihi sebagai seorang teman.. seolah2 1 kejanggalan jika tidak bersama dan lepak di Cafe ataupun area kolej.... Bayangkan jika ada yg kuar Date, after balik dating kami akan berkumpul berkongsi gelak dan tawa... tidak kenal erti jemu dan penat..

Tamatnya pengajian kami sebagai Pelajar UPM.. membawa haluan masing2.. tapi berputus khabar pantang sekali.. setiap minggu kami akan berhubungan melalui hp.. cal@sms.. aku tercampak ke Carey Island - syarikat perladangan sawit.. idzha juga sama perladangan sawit tp GLC yg berbeza.. azrin pula tegas sebagai Cikgu di PLKN di selatan tanah air.. hampir 2 tahu dengan kerjaya memasing.. sampai 1 tahap kami berbincang... adakah ini yang kita pilih.. dan mana haluan sebenarnya.. Dengan hati dan Nawaitu yang sama kami sebulat suara apply DPLI. kami terlalu takut untuk dedahkan kepada teman2 yang lain. lantas ambil keputusan diamkan saja.... bukan apa aku n idzha antara yg terawal bekerjaya semasa sedang menyiapkan tesis tahun akhir.. so malas sangat kalau ada yg tahu kami apply cikgu pula..

Tiga2 dapat exam.. Tup2 kami bertiga dapat interview DPLI dan aku & idzha dapat gak interview KPLI.. kami terus mengumpul maklumat dan study dunia pendidikan.. aku sanggup berhabisan membeli nota2 kuliah fakulti pengajian pendidikan kat SS. Boleh dikatakan jika ada masa terluang buku2 ini jadi peneman aku... Azrin di Kuitto, Idzha di UITM dan aku interview kat UM.. masih aku ingat kami sibuk menghubungi teman2 yang pernah join KPLI n DPLI.. apa2 info kami update sesama sdiri.. yg paling best aku orang terakhir interview.. azrin yg pertama.. so dia bgtau idzha apa yg telah dilalui.. idzha pula sampaikan apa yg dia alami pada aku sebagai persediaan terakhir.. syukur gabungan pengalaman mereka membuat aku lebih yakin berhadapan dengan penemuduga..

Akhirnya rezeki dan nikmat tuhan sampai kepada kami.. syukur Ya Allah..... kami bertiga terpilih berkat kesabaran dan nilai yg ikhlas dalam persahabatan kami.. aku tak dapat gambarkan jika salah seorang yg dapat / tak dapat.. tp kami telah bersedia dari awal.. sokongan moral memang tidak putus2 bukan saja utk DPLI tp dalam kerjaya kami seharian... aku dapat DPLI sC. Pertanian di UPM.. azrin n idzha juga Sc. Pertanian kat UPSI. kami masih lagi berhubungan.. Dunia perguruan menjadi kesinambungan ukhuwah kami.. dan kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan serta pengalaman yng terbaik buat anak didik kami kelak.. kami akan terapkan nilai sebuah persahabatan yg tidak boleh dibeli dan digadai.. persahabatan yg membawa budaya positif kedalam diri pelajar kami... bukan sekadar ilmu akademik... tetapi saling menghargai dan menghormati..kerana kami pernah melaluinya manisnya sebuah persahabatan....

Kini Azrin telah bergelar isteri kepada Azlan.. Idzha juga bergelar Suami kepada Elly... menunggu giliran aku.he3... Sebak juga aku bila hadiri majlis mereka kerana pastinya kita tidak sebebas dahulu membuat sebarang keputusan.. namun aku sangat gembira.. suami Rin memahami kami.. Elly juga begitu.. bukan sahaja elly tetapi keluarganya juga mengenali diriku... Buat kedua sahabat KARIBku.. selamat pengantin baru, semoga berbahgia dunia akhirat... amin..


"Dalam dunia ini kita tidak akan sunyi dari gelak ketawa seorang teman.. tapi aku bersyukur.. dianugerahkan 2 permata hati yang tidak ternilai.. yg membuat diriku sentiasa girang... begitu juga aku dapat ceriakan hidup mereka... Terima kasih Tuhan untuk nikmat yg terhebat ini.... tangisku.. sujudku.. rasa kesyukuran ini kupanjatkan padamu.. periharalah ukhuwah kami untuk selamanya......."

No comments:

Post a Comment